Friday, December 31, 2010

bukan tentang AZAM TAHUN BARU



status:oh,bunga api di shah alam tak sama rupanya dengan bunga api di sepang


hari kedua dan ketiga masih lagi diteruskan dan masih lagi diisi dengan perkara yang berfaedah. pagi kedua, jangan berjanji dengan orang kalau rasa tak mampu. faris ajak ke fakulti pukul 10, aku purapura tak nak bangun.padan muka kena tinggal,mulalah nak peningpening nak register cos.padan muka kau mimi.siang kedua masih lagi kebosanan. nadya dan fira beralih angin ke bilik aku.sepetang dengan mereka.semalam dengan kau.berbual sambil dinyanyikan lagu 'anak rusa nani' dalam pelbagai versi.akhirnya dapat jugak kau cari rentak versi original.tahniah.

hari ketiga, macam bagos sikit. mahu keluar dari uitm tapi tak tahu cara. cab or bus? maaf, kami tak pandai lagi nak naek bas rapidkl bagai ni. kaya lagi kan, so ke jusco menggunakan kenderaan bernama kenari. sampai di jusco, terus ke bakery.sangatsangat memerlukan sebji kek.biasalah, kek itu sesuatu yang sangat la stereotype untuk menyambut hari jadi.tapi,bukan kek yang menarik perhatian di bakery.tetapi sesuatu. roti.apakah motif roti tu nak berbentuk mcm pffftt...tak percaya? tengok sendiri


roti pon boleh nak maen lucahlucah kan?

lunch di Johnny's.macam biasa lah.selagi perut tak memboyot, jangan keluar. menanti fiza jemi yang datang dari jauh. sarawak. 2budak law, 2budak corporate, 1budak masscomm, 2jam disitu.macammacam cerita lama,cerita baru nak keluar.johnny's macam kita yang punya.kan?


teruskan agenda mahu membuang masa dengan sebaik mungkin.ke TGV. okay, mahu bergelak ketawa. Ngangkung.bajet cerita melayu murah la sikit,boleh la nak save money. rupanya, lebih baik layan tron legacy. Ngangkung saje dah 14hengget. ape kes cerita melayu nak mahal,
weekday pulak tu.agaknya sebab kat shah alam kot. okay, terpaksa memahami situasi berbeza di shah alam berbanding dengan GSC alamanda nak tengok 'hantu kak limah' RM10 je dan di GSC sungai petani yang cerita melayunya hanyalah RM4. beza tak beza?



terus membuang masa.ke roof,hasilnya..





tak sedar langit kat luar dah gelap. kau dah mula gelisah, aku x ghetigheti nak balik.ugut nak bagitau puan besar dirumah.HAHA..macam la takot.terlambat sikit,bukan sengaja lah. tak dapat seekor kenari, terpaksa beraksi seperti ikan sardin di dalam cab bukan uitm. nampaknya tak merasa lagi lah bezanya cab kedah dan shah alam, cab hantar sampai depan pintu bilik belum mungkin lagi. berjalan merentas uitm dari gate sek7 ke melati.perghh..berpeluh jantan tak hengat.

sebelum tamat entry, mahu ucap selamat...


SELAMAT HARI JADI NADYA SI CANTIK






Related Posts with Thumbnails