Saturday, September 24, 2011

2 week already~

rasa macam nak tutup blog.dah tade hati nak maen ngedate2 cite.same goes to facebook and tumblr, seem like 'mimisaidi dah tak gheti nak bersosial di laman maya'.

today,aku dah selamat bermastautin di shah alam selama 2 minggu, dan selamat juga dapat rumah yang sangat la heaveeeennnn...tak tau nak habaq lagu mana dah heaven dia tuh!dah tak payah nak jogging bagai, cukup la hari-hari kuar pegi kelas panas matahari terik atas kepala ketiak basah lencun berjalan tak cukup tanah kuar cari bas nak pegi kelas.ade la agak-agak dalam sebatu setengah nak boleh sampai ke bus stop tu.

rumah kami cantik,depan highway.kiri i-city kanan uitm.

dapat bilik besau golek-golek 8 kali dengan emy pon mampu

agak la mencabar jiwa mental fizikal bila kolej dah halau aku.dah tade lagi jalan kaki pegi kelas lenggang kangkung,memang takkan lah bangun tido setengah jam lagi kelas nak start.everything kena laju bila dah duduk luar ni.belum sampai masa lagi aku boleh bawak kereta.CAN I GET THE KANCIL BURUK proposal kena reject teros dengan ma even hari-hari aku call rumah nangis-nangis sebab penat jalan kaki,penat pernah kena tinggal dengan bas kat depan icity balik sorang-sorang sampai pusat komersial, penat kena jalan kaki sorang-sorang bila kelas sampai malam,dan paling kesian bila kena tunggu bas bwah pokok possibility burung nak berak atas kepala sangat lah tinggi.pity mimi~


sabar tunggu bas,tapi dah tak sabar bila burung buat taik atas kepala.%#%$$&%!

penat-penat pon bila sampai rumah boleh je lagi bergelak ketawa dengan emy.yeah!back to teman lama.we decorated our room like rumah sendiri.and the other housemates also like kepala gila.budak lendu kot....kami ni budak kedah je....hehe.wani,nina,izzah all masscommers part3 from dip uitm lendu.yang ni jela boleh kamceng,budak-budak engine baru masuk rumah ni baek sangat,takot nak tegur.and..apartment kitorg(apartment gitewww) boleh maen masak-masak.kalau tak berasap dapur pon bawah rumah, kiri kanan depan belakang banyak betol kedai makan.hari-hari kite kena try sume kedai okay.


ini nina.celebrate besday kat rumah baru.

this sem dah tak payah nak belajar journalism.bosan.jumpe next sem pulak.lepas dapat flying colour dengan minor instructional training, kali ni kena usaha keras sikit nak dapat macam tu jugak dengan minor publishing and advertising.kenapa tah aku rasa tak happy dengan major journ aku.aku lagi suke nak belajar benda-benda minor ni.

and guess what, kelas advertising tersangat lah best i think...hehe.u rock advertising!!!!and u, miss mimi (nama kite same) 1st time masuk kelas tade gaya lecturer langsung.macam indian berkulit cerah tersesat masuk kelas nak cari hero hindustan dengan baju yang sangat lah hindustani..hahaha..

publishing pon best.sekelas dengan kak noor.teruja i sekelas dengan akak ni.she's, Fifi TV3 yang pernah jadi former host Bersamamu. kak noor sangat cantik,dah la baek.tak kedekut share ilmu.borak dengan aku macam borak dengan kawan-kawan,tak sombong langsung.die banyak cakap,ramah kot.baru 1st day kelas dah boleh cite macam-macam.rasanya kalau abes 1sem ni aku je dok belakang die,memang sah khatam cite die ni.


okay,rasanya dah mahu tutup cerita.till then.bye~

rindu budak bambam ni.kbye~





Sunday, September 4, 2011

raya dan musibah


assalamualaikum...

raya baru menjengah hari ke5.masih berbaki 25 hari lagi untuk mengisi jemputan-jemputan ke nganga house.di rumah incik saidi juga, siapa-siapa mahu makan nasi dagang silalah..puan fatimah sudi masakkan untuk anda dan anaknya mimi saidi sudi melayan anda.baru hari pertama beraya di sepang, ma dah buat bakso, nasi himpit dan rendang ayam. memang best dapat mak macam ni, esok katanye nak masak nasi dagang pulak.wonderwoman betol,gigih memasak.

penat 2hari lepas masih belum hilang.baru balik dari terengganu,selepas seminggu disana.raya sakan memang langsung tak beringat.semua pakat sumbat masuk perut, sebab otak fikir lepas raya dah tade makanan-makanan ni. ikutkan sangat cakap otak,perut jadi mangsa.baru setengah jam kereta bergerak mahu pulang ke selangor,perut tiba-tiba rasa tak sedap.mungkin puncanya,baru lepas minum vanilla coke yang tade langsung dihidang di mane-mane rumah selama 3hari beraya. perut manja-manja bergelora,mampu lagi tahan.sampai di tol gombak,dah rasa laen macam.agak-agak sape berani bergurau bodoh, memang akan makan penyepak,penampar. bagitahu orang pahang, "tidolah..". tido yang disuruhnya.. -..-

sakit perut yang melampau, kejap-kejap pedih kejap-kejap macam ade baby maen lari-lari. air mata memang murah sangat.ayah sempat bergurau, "biar die nangis.dah lama tak dengar..." .sabar wahai hati,perut.ayah sendiri tu,jangan keluarkan perkataan bukan-bukan.sikit lagi nak sampai rumah.

dah sampai bandar baru salak tinggi,terus nak jumpe pakcik nazam.doktor, please jangan membebel..harap maklum,bukan dr.nazam la kalau tak bercerita panjang lebar sebelum die nak check patient die.bebelnya..."adik..adik tahu kan buang air besar tu penting.macam la solat,solat kan perkara yang wajib,blablablabla....senang betol doktor buat keje, sentuh sikit perut tah ape die tekan-tekan..terus cakap, "okay,saya dah tahu sakit adik ni.saidi,mama..adik ni t*** die tersumbat.nurse,amik air.kita kuarkan ape yang patut." wt****!!!!bahasa sopan sikit boleh tak pakcik doktor!

memang malu sikit untuk diceritakan, tapi harap dapat ambil iktibar.raya,raya jugak jangan lupa minum air masak banyak-banyak.jangan dilayankan sangat air yang sedap-sedap macam-macam kale,macam-macam perisa tu.nanti jadi macam aku,melalak dalam bilik doktor sampai orang kat luar terpinga-pinga ape yang jadi kat dalam sebenarnya...

belum terlambat rasanya nak wish raya,
SALAM AIDILFITRI,maaf salah silap,buruk kata kat sini


~sakit perut sampai demam.dasyat betol...


Related Posts with Thumbnails