Sunday, September 4, 2011

raya dan musibah


assalamualaikum...

raya baru menjengah hari ke5.masih berbaki 25 hari lagi untuk mengisi jemputan-jemputan ke nganga house.di rumah incik saidi juga, siapa-siapa mahu makan nasi dagang silalah..puan fatimah sudi masakkan untuk anda dan anaknya mimi saidi sudi melayan anda.baru hari pertama beraya di sepang, ma dah buat bakso, nasi himpit dan rendang ayam. memang best dapat mak macam ni, esok katanye nak masak nasi dagang pulak.wonderwoman betol,gigih memasak.

penat 2hari lepas masih belum hilang.baru balik dari terengganu,selepas seminggu disana.raya sakan memang langsung tak beringat.semua pakat sumbat masuk perut, sebab otak fikir lepas raya dah tade makanan-makanan ni. ikutkan sangat cakap otak,perut jadi mangsa.baru setengah jam kereta bergerak mahu pulang ke selangor,perut tiba-tiba rasa tak sedap.mungkin puncanya,baru lepas minum vanilla coke yang tade langsung dihidang di mane-mane rumah selama 3hari beraya. perut manja-manja bergelora,mampu lagi tahan.sampai di tol gombak,dah rasa laen macam.agak-agak sape berani bergurau bodoh, memang akan makan penyepak,penampar. bagitahu orang pahang, "tidolah..". tido yang disuruhnya.. -..-

sakit perut yang melampau, kejap-kejap pedih kejap-kejap macam ade baby maen lari-lari. air mata memang murah sangat.ayah sempat bergurau, "biar die nangis.dah lama tak dengar..." .sabar wahai hati,perut.ayah sendiri tu,jangan keluarkan perkataan bukan-bukan.sikit lagi nak sampai rumah.

dah sampai bandar baru salak tinggi,terus nak jumpe pakcik nazam.doktor, please jangan membebel..harap maklum,bukan dr.nazam la kalau tak bercerita panjang lebar sebelum die nak check patient die.bebelnya..."adik..adik tahu kan buang air besar tu penting.macam la solat,solat kan perkara yang wajib,blablablabla....senang betol doktor buat keje, sentuh sikit perut tah ape die tekan-tekan..terus cakap, "okay,saya dah tahu sakit adik ni.saidi,mama..adik ni t*** die tersumbat.nurse,amik air.kita kuarkan ape yang patut." wt****!!!!bahasa sopan sikit boleh tak pakcik doktor!

memang malu sikit untuk diceritakan, tapi harap dapat ambil iktibar.raya,raya jugak jangan lupa minum air masak banyak-banyak.jangan dilayankan sangat air yang sedap-sedap macam-macam kale,macam-macam perisa tu.nanti jadi macam aku,melalak dalam bilik doktor sampai orang kat luar terpinga-pinga ape yang jadi kat dalam sebenarnya...

belum terlambat rasanya nak wish raya,
SALAM AIDILFITRI,maaf salah silap,buruk kata kat sini


~sakit perut sampai demam.dasyat betol...


Related Posts with Thumbnails