Friday, December 30, 2011

When your parent aren't home : Pemberat akhir tahun

Assalamualaikum

semalam keluar pergi alamanda.sebab aku dah lama sangat tak tgk wayang.The Darkest Hour sound nice kan.baik punya seat dapat,huihhh cerita macam gampang.memang la best,boleh jerit-jerit mcm ni, "lari!lari la weh bodoh!" kiri kanan dengar benda yang sama.agak la weh nak buat cerita, mane kau dapat idea nk buat alien electric -,-".okay,tak pe la kan dah nak buat sangat alien macam tu tp apesal ending macam @#$%^*#$%%^

semalam jugak makan prosperity.giler kempunan aku nak makan sebab 1st time dating dengan kimi tahun lepas punye prosperity season ak tak makan.time tu die je yang makan prosperity.konon tahun ni nak makan sesame, sweet tak?pppfftt..takpe la, lama sangat nak tunggu dia.kempunan ak takla berbaloi sangat.makan lama makin tak sedap pulak burger tu.mungkin sos die tak melimpah ruah sampai menitik2 kat baju macam dalam iklan tu.giler propa iklan,tipu2! balik-balik lapar lagi.gayanya dah macam perut gajah kan.masuk dapur godek2 hidupan laut dalam fridge.hasilnya makan malam macam makan breakfast -____-

ma mesti marah sebab malam-malam makan roti*malas
milkshake chocolate
classic cheese cake secret

2hari lepas punye makan malam,sihat sikit la :p

nasi goreng + ayam bakar

ni pulak hasil kebuluran tengahari tadi.

sup ayam + daging black pepper

see, nampak tak tu betapa lahapnye aku nak abes tahun ni.i know, mesti dah 45+ berat.gile scary nak timbang kan.hahaha*typical gegirl.okay, rasa macam lapar lagi.tengok ade ape lagi kat dapur tu.bye2!

Wednesday, December 28, 2011

When your parent aren't home : Day 1

Assalamualaikum wahai mimi's lover!*rs nak bagi kaki tak

aku buka mata, dah pukul 12.hihihi..masih di rumah not rumah sewa.berani betol kan bangun time2 camni.ellloooo, pihak berkuasa bercuti seminggu.so, no bising-bising di pagi hari.no bising-bising utk masak makan tengahari.bahagianye rasa.baru lepas baca entry TOK . tersengih sorang-sorang teringat mimpi semalam.betol la tu TOK cakap, "rasa macam dah nak kahwin".ok,enough mimi. tadi ma call sekarang dah kat gambang.oh,lupe pulak nak cakap.ma ayah jaja peq balik kampung,terengganu nak hantar nana balik maktab,MRSM KOTA PUTRA yg terletak di ceruk dunia tapi masih berangin sepoi-sepoi bahasa nak compare dengan lipis yang sangat lah tidak enak berada di sana.ape kau merapu mimi,nak bukak hikayat lama ke -,-".

teringat pagi tadi tengah-tengah mamai ma pesan 1000 amanat.damn, aku dah lupa semua.tapi yang pasti aku kena buat macam yang selalu die buat pagi-pagi sebab ade 2 ekor makhluk lagi kat rumah ni ak kena jaga makan minum. fridge penuh dengan segala jenis hidupan laut. ma dah pesan nak makan masak, jangan beli kat kedai.ai ai mem!*baru berangan hari-hari nk breakfast mcd.tapi hari ni, warm up dulu.masak malam je.tengahari ma dah sedia awal-awal.

selain buat kerja rumah, aku dah berazam before 2011 end dengan begitu saje i need to study at least 2,3 topic.pilih je kau nak start belajar ape.mcm2 hadooo.kimi jugak kadang-kadang mulut macam longkang.bila ak cakap nak study dia buat ayat "bagoslah ade impian besar".bukannye nak menyokong.damn.tak percaya?seeee..aku dah nk off laptop ni.nak pegi belajar.

betul ni weh.bye,bye!

Saturday, December 24, 2011

habitat asal

kalau time2 mcm ni kat rumah sewa for sure la terbongkang lagi atas tilam,sejam lepas tu mula la nak cari nsi.melahap, pastu membuta balik.aku tau, tak sihat kalau duduk kat shah alam tu.siang mane pernah wujud kat bilik tu.everytime,every hour adalah malam.tapi sekarang dah balik rumah.konon nak study week kat shah alam.ma panggil balik suruh jaga rumah.ye,aku memang security pon kt rumah ni -,-".no2, ma ayah and sape2 yang berkenaan nak balik terengganu 2,3 hari nak hantar nana balik besut.woi,selama ni kau naik flight apesal tiba2 kena hantar kau haa.aku dlu kt kuala lipis takpe la.dekat.kau tu jauh,harap maklum.

semalam try ni, mousse choc.igt kimi sorg je ke tahu nak apply recipe masterchef. aku pon boleh lah

disebabkn kakak ak kerja, so ak kena la teman die kt rumah.harap2 boleh la pow die nak tgk wayang bagai kan.ye r..ak berkorban study week ak sebab kena teman kau.kau ingat ak mampu nak study dengan environment kat rumah ni.tak boleh.cerita banyak sangat kat tv tu.and lagi satu, internet kalau duduk rumah memang kena berebut.p1 aku mana dapat kat cni.sepang kampung lagi.klia pon tah2 belom sampai lagi p1wimax ni -____-. tapi tak pe, ade jugak benda yang best.ade 2pack bounty yang takkan mungkin disentuh oleh mana2 manusia kat rumah ni. bagoslah, aku sorang je makan cokelat kampung ni.masyukkkk!

makan bounty tutup mata sambil buat bunyi uuummmpppphhhh tarik panjang2.HAHA

ehem, btw 2 hari lepas aku dengan kawan-kawan journ ade dinner.event start pukul 8 kami sampai pukul 10.bagos kan.sampai2 makanan pon dah nak habis.dinner memang tak best, bagi aku even dinner prelaw dulu tema die glittering aidilfitri what so ever tu lagi meriah dari dinner journ kononnye all about love -,-".aku expect lebih kot, kata masscomm. benda camni pon tak pandai nak handle.kata aqib, meja budak part2 pon guna meja extra.and makan buffet okay.mende la dinner cmni.dah,abaikan.lagi seronok rasanya tgk budak2 ni bersiap make up setting rambut bagai dari pukul 6 sampai 9 semata nak ke dinner. itu lagi buat aku happy, comel kan kawan-kawan aku.cukup bebel, mahu letak gambar banyak2 tapi tak bwk dslr, kata memory hilang.belum dpat yang baru lagi.ni gambar curi2 kat fb

itu dia mimisaidi

the only witch in da class!


des tengah nyanyi utk kami semua.

ayu dah macam isteri orang kaya


yang baju kuning tu ari si mak tiri


okay,cukup sampai sini nak update diri.got to go.baju belum abis jemur,nasi tak masak lagi.bye2 semua!!

Sunday, December 18, 2011

melake lagi ler kite

ahoyyy!!!

kalau tade kuar berjalan tak update la aku kan kat blog ni.fuuhhhh...fuuhhh...!penuh aih habuk kat cni.meh2 sapu blog dengan cite yang dah suam2 tak bape nak panas sangat. last week I dengan member2 kelas pergi melaka.biasa lah, kalau bukan kelas mama kelas mana lagi kan nak bergumbira buat assignment.tak payah nak gembira sangat,sesak nafas aku kat melaka 2 hari.(dah bosan tgk baju hijau ni???hahaha.)



sebenarnya,pegi melaka ni bukan pergi bersuka ria.pergi untuk final project Effective Speaking. we all kena buat dokumentari ala2 destinasi bajet,xpon 3hari 2 malam.lebih kurang camtu la.aku dapat tempat Kg.Morten.berkampung jugak la dari petang sampai ke malam kat kampung tu.sadis,tak de tempat shopping kat ctu T__T. sebelum sampai kg tu sesat barat jugak. yelah kan,mane ade orang melaka dalam kete tu.datang melaka biasa ade pemandu, amik kau sekali sume buta melaka




tade perasaan aku tgk model rumah ni.kalau kimi mesti buat syok tgk ni

nak sampai kg.mortan satu hal, nak cari melaka sentral pon masalah jugak(hantar naem jumpa mak mertua).bersiar2 betul cari melaka sentral.haha.mesti nak gelak kan,melaka pon boleh sesat.dah tu nak buat camne,dah memang tatau jalan melaka :P.tapi kan yang paling best kan pasal misteri jalan peringgit,ala yang kat area2 hospital tu.kitaorg kena bawak bunian round jalan peringgit.nak tau nape,sebab naem kuar tanya pakcik kat kedai makan tu.baek punye ikut direction pakcik tu,tiba2 sampai balik depan kedai pakcik tu *seram weh


untung la se'kelas,se'assignment,se'group dengan kekasih hati -,-"

dah anta naem ngan tiqa, tinggal la bertiga dalam kereta.pon sesat jugak nak cari tempat menginap.homestay kg,pulai.pukul 12 tgh malam baru sampai, mak ayah angkat lecturer kawan-kawan muka biru kitorg tak sampai2 lagi padahal yang lain pukul 6 tu dah sampai.hahaha,bikin kecoh 1 kampung kami sesat.bila pikir balik,amenda la sesat barat kat melaka.tak pernah dibuat orang.




tu je la nak cite.and esok presentation video yang dah kitorg buat,good luck untuk semua esok.malu aih nak tgk muka sendiri merepek dalam video :P btw, aku ade beli something untuk incik hakimi.sweet tak aku.hahaha.punye aku nak umpan suruhh datang shah alam.TAHU TAK SEM NI TAK PERNAH KUAR DATING LAGIIIIIIII. SADIS TAK WEH!!!


menggigil2 aku pegang kamera besar gedabak naem.sape nak kahwin upah tan sri naim okay.


p/s:
- noni agak samseng jugak ye di jalan.bukan pemandu berhemah :P
- banyak sgt benda tak dpt nak story kat cni.biasalah,kata mangga on9.menggigil2 aku nak tulis kat cni.tapi kena jaga hati semua pihak :P
- 23/12 dinner journalism.theme,ALL ABOUT LOVE..ppfffft.angkut kimi jadi partner pon bagos jugak

Saturday, December 3, 2011

Working with end of semester 2


aku hampir gila bila internet tade
memang betul la boleh mati kalau tak dapat on9
lagi mati kalau assignment sume sources dalam internet

currently at Bintang Side Walk,menumpang wifi kedai demi assgment socio:

tak pernah-pernah orang pakai wifi boleh terbakar.aku sorang je kot.siap meletup-meletup lagi.memang menguji kesabaran bila nak pegi tukar charger berminggu-minggu baru sume nak settle.semalam je rasa bernyawa sikit,kak dgn mok ah(makcik) datang amik pegi jalan-jalan kat sunway pyramid.tapi balik kena ngadap benda yang tade jugak. internet tade,adobe illustrator tade.seminggu jugak menumpang laptop housemate nak buat magazine cover,back cover,and logo.dah la tak pandai guna photoshop,menyusahkan orang lagi tu.dah try install adobe bagai tu tapi sendiri cari nahas.nak install tak boleh,laptop makin tenat.tunggu masa nak kena campak masuk longkang je ni.

sketch by hand lagi lawa hasilnya drp digital print

finally, semalam siap sume benda yang nak kena guna illustrator tu.tadi da pegi print tapi hasil kurang menyenangkan hati.lantak la,dah penat ngadap kau.final project yang tade final exam memang mengundang.aku lagi rela mengadap baca buku dari buat benda-benda ni.potensi nak dapat A tu tak nampak langsung.

hasil penat lelah seminggu.berbaloi kah?

sekarang tengah buat assigmnet socio.deadline hari selasa ni,tapi hari ni baru nak start buat.tak pernah lagi last minute macam ni rupa assignment pon tadak lagi.ni sume sebab tade internet.sadis sungguh.okay,got to go.rasanya dah lama sangat kat kedai orang.bergelen-gelen order air.kbye~



Tuesday, November 15, 2011

Environment with The Reporter


hai,saya mimi saidi si gigi baru!


hahaha.abaikan gambar di atas. gambar yang telah di publickan di FB dan semua pakat2 like.anda excited ye gigi saya tade besi dah.kih3..okay, tanak dah cite pasal gigi baru.

2,3 hari lepas kan,seperti yang dirancang..kami semua The Class of Journalism 2011 and beyond versi part2 selaku reporter sambilan,eceh memandai aje ke Pulau Carey,Banting. sumpah aku ingat nak pergi pulau,kena naik bot bagai.rupanya dusta semata-mata.nama je pulau, tapi kelapa sawit kiri kanan. lupa pulak nak cakap, kiotrg pegi sebab nak settlekan homework based on SPEECH TO INFORM.konon nak pergi mengajar budak2 orang asli ni haa

sekolah tu nama SK Bumbun,memang student die orang asli kecuali cikgu-cikgu.mak aii,terkezut sungguh aku bila dowg sambut kitorg macam pm nak datang.ngan menari bagai,org JPN lagi turun padang.amboi,serius benor program kite kan.ingat nak huha2 je datang sini.hehe..kitorg awal-awal lagi dah devide group sape dapat darjah 1,2,3,4,5,6.sungguh aku kisah,dapat budak orang asli darjah 1.harap maklum,mereka orang asli.bukan macam adik-adik kita kat rumah tu.tekak hampir terkeluar nak fahamkan mereka. biar gambar je yang bercerita.bagi aku type kat sini sampai esok pon tak siap-siap punye banyak nak story :P




best gila dapat satu lagi peluang outing dengan classmates.adventure sungguh kali ni punye field trip.hope, next outingjadi la ke melaka.done,sekian..

terima kasih untuk kamera-kamera tersebut.credit banyak-banyak untuk tan sri naim selaku photographer tak berbayar kami, and sayang mama super duper sebab dah bawak kami jelajah banyak tempat.

Thursday, November 10, 2011

11/11/11.Bukan lagi si braces kesayangan.


11/11/11
Hari baik,tarikh cantik.
Jatuh pulak hari jumaat,penghulu segala hari.
Semua pakat nak bertunang,menikah bagai hari ni..
tapi saya,BUKA BRACES HARI NI!!!


sangat la bermakna hari ni.sumpah ingat sampai mati. sejak lepas spm,2008 besi-besi setia dalam mulut.dekat 3tahun jugak pakai akhirnya..semua kawan-kawan aku yang pakai braces kalah.aku bukak dulu.hihi..nabil,ika,syakir,izah anda bila lagi? sungguh rasa pelik bila dalam mulut rasa licin je.memang aku lupa terus perasaan sebelum pakai braces.lepas ni dah boleh sengih luas-luas.esok lusa nak pegi sekolah orang asli pon dah tak rasa awkward sebab..takde sape boleh cakap aku pakai besi lagi.suka-suka!rasa macam nak lompat tinggi-tinggi!HAHAHA

sekarang lagi pelik rasa bila ade retainer dalam mulut.oh,bukan retainer yang 1line besi tu.saya pakai yang baru punye.plastik yang pakainya kena sarung-sarung.baik pakai yang style lama,lagi senang.yang ni nak cakap pon susah.memang tak la pegi kelas pakai retainer.part tak boley cakap tu xpe lagi,kang terkeluar mati aku -______-

esok dah kena balik shah alam.kena balik awal sehari,assignment berlambak tak siap.isnin pulak outing lagi.pergi banting,sekolah orang asli.okay,got to go.nanti update lagi cerita.bye2.

p/s: malu nak tunjuk gigi :P


Friday, November 4, 2011

Hibernate for today,




"Lain kali memang kena tinggal aku sorang2 kot kat rumah ni baru ade hati nak update blog."


sekarang rasanya blog dah tade kepentingan,makin hari makin malas nak ngedate blog.even blogwalking sekalipun pon dah tak bape nak tinggal jejak sangat.kecuali for you TheOtherKhairul, loyalty toink2 gitewww.esok lusa dah nak raya haji,aku masih di rumah di shah alam.semua penghuni AC1-41-A dah lesap balik kampung masing2 kecuali sorang penghuni rumah paling dekat ni haa.tak gheti2 nak balik ghaye lagi.

bukan tade hati nak balik rumah,tapi sebab minggu ni rasanya dah balik rumah 2x.ma cakap nak balik petang ni,naek tren la.oh,tidak ler saya nak naek tren lagi.malas!i lagi rela tunggu sorang2 kat rumah tunggu ayah amik esok pagi.makan dah,sapu rumah dah,tolong basuh baju untuk emy pon dah.dah bosan sgt gamaknya,tu yang tiba2 boleh terupdate blog ni.

nothing to say here.no idea..but actually i tunggu gambar dari member2 yang bawak dslr time pegi karangkraf itu hari.nak share something here pasal kitorg terjah karangkraf yang besar gedabak kat seksyen 15 tu,tapi tak dapat2 lagi.naek cuti midsem la gayanya baru nak dapat ni.oh,lupa nak cakap.sempena raya haji ni UiTM kasi cuti midsem sekali tau.thats mean saya cuti seminggu la.oyeay2!!

baru betul wartawan kalau maen terjah-terjah ni

"cuti memang untuk buat assignment je kan"

uih,berlambak sangat keje sekolah.berderet tunggu nak dibuat.tapi kan..ehem2,saya nak bukak braces next week.harap2 dr.nazreen tak pandang aku pelik dah pasni -_____-.dia kan,macam marah aku je sebab aku tak cabut gigi geraham bongsu aku kat dia.weh,RM600 sebatang kot failed logik la aku nak cabut kat dia dah kalau ade benda lain yang lagi free.dah2 la RM4000+ terbang kat dia untuk buat braces. last week minggu seksa aku kot.aku buat minor operation @ Hospital Putrajaya nak buang gigi bongsu ni haa. kimi cakap "padan muka.nak sangat cantik. tanggung la sendiri." kejam sangat dia.muka aku bengkak2 tahan sakit.seminggu tak makan nasi*tapi minggu ni dah boleh baham sume :P.so now, 2 gigi yang baru nak tumbuh tu dah hilang boleh la nak bukak braces as what yang di'advice dr.nazreen before bukak braces ni.

hampir separuh gila siapkan ini.

"banyak betul benda2 annoying depan mata ni"

tatau la kenapa sem ni banyak sangat benda2 merepek kena hadap hari2.bukak facebook nampak orang tak sedar diri,perasan sendiri.sebab syok sendiri lah wujud orang mengeLike sendiri status masing2 di FB.kesian sangat anda.medan twitter la tempat carut marut kami semua terhadap anda wahai kawan.rupanya bukan saya seorang je yang ada perasaan tu,yang lain pon sama naik. cerita pasal kelas,a week after naek cuti we all akan ke sekolah orang asli.sangat owesome ye sem ni.keje nak kuar berjalan je tahu :P

oh,untuk anda wahai kekasih hati.selamat memandu pulang ke raub.hati-hati.tadi call cakap tak jadi balik sebab kete rosak kat kuala krai,sadis sangat bunyinya tu..but alhamdullillah mampu gerak balik.boleh beraya la awak ye esok lusa.

Till we meet again.daa...

Wednesday, October 12, 2011

Deeply grateful~


~Be grateful for the home you have, knowing that at this moment, all you have is all you need.~


Assalamualaikum,


For the first time, our class buat outing together.Kalau tak kerana mama(puan hayati) yang mengajar subject Effective Speaking, memang tak ke mana la kita.nama je student journalism, balik-balik ngadap muka lecturer,ngadap slide,ngadap buku.tak adventure langsung.last week, aku proposed Rumah Nur Salam@Chow Kit untuk buat assignment speech to persuade untuk
the whole class and mama setuju.

Isnin lepas, konvoi together dengan 4biji kereta ke Chow Kit Road.agak kelam kabut bila maen salah-salah jalan.tapi still sampai tanpa masalah besar.hehe..mencabar jiwa dan mental berjalan kiri kanan environment yang kurang menyenangkan.sampai jugak aku kat Lorong Haji Taib.agak la menakotkan...pondan tak lawa langsung.gagah perkasa je aku tengok.ade jugak yang kencing tak reti nak cari toilet.adoi,subur pokok sepanjang lorong tu kan -,- (nightmare betol)


Rumah Nur Salam, one stop center untuk anak-anak terbiar.homeless,anak-anak sex worker, penagih dadah, and so on.kat sini la tempat dowang sekolah,belajar agama,makan minum.Daddy Hasrol, i'm proud of you. muda-muda dah jadi social worker.jaga anak-anak ni.sanggup korban masa muda kerja kat sini.kitaorg kat situ dari pagi sampai ke petang,dapat maen-maen dengan adik-adik kat situ.motif ke situ, nak dapatkan story.wartawan katakan...keh3.tapi daddy dah warning awal-awal.jangan korek cerita,sentuh sensitiviti dowang...

but,WHO CARES??

dengan muka manis,bagi habuan masing-masing sekadar lollipop comel-comel slow-slow korek cerita.aku dapat budak comel yang tak bape nak pandai cakap.nak tanya lebih-lebih pon tak sampai hati.tapi member lain dapat jugak story, tanya mak keje ape..

"mak saya tukang urut,hari-hari selalu balik pukul 5 pagi"

okay,jawapan camni la yang kita tunggu-tunggu.alhamdulillah dowang kat sini.at least tade terjebak dengan keje-keje macam ni dah besar nanti.daddy cakap "jangan terkejut kalau daddy cakap budak umor 6 tahun dah kenal kondom,dah boleh kenal mane satu ganja,mane satu marijuana.jangan pengsan kalau daddy cakap budak umo 8 tahun dah pandai keje cuci jarum dadah."aku ade bawak personal thing nak bagi kat adik yang aku dapat.awal-awal lagi aku dah sepitkan rambut die.comel tak aku?kih3..tengah-tengah dok bagi tu, tiba-tiba datang lagi sorang budak.agaknya dia baru sampai kot.sebab tu tak dapat kakak.

"kakak,saya tak dapat lagi...."

okay, aku memang bawak banyak barang pon kan.hehehe..tapi sumpah adik ni cantik sangat.bukan aku je yang cakap, yang lelaki mata dah kuar bintang-bintang.mesti terbayang dah besar-besar nanti kalau jadi model konpem hot gilerrr..dalam otak masing-masing dah fikir pak arab mane la bapaknye..

gambar tak ley tunjuk muka,nanti kena saman

ape yang kitorang dapat kat sini mungkin pengalaman berharga dapat kenal adik-adik ni.rasa syukur sebab masih ade rumah yang ade complete family.sebak rasa nak tinggalkan rumah tu.bila lagi boleh sampai ke sini.adik balqis tanya aku, bila lagi nak datang sini sambil peluk aku.sendiri pon tatau nak jawab.insyallah, ade rezeki kakak datang lagi.tah semalam balqis balik rumah selamat ke tidak sampai...sebab katanya, nanti petang balik rumah sendiri.kecik-kecik berjalan sorang kat lorong haji taib.mengucap panjang aku~

a part of journalist-to-be

see you soon,daa~
Related Posts with Thumbnails