Monday, January 30, 2012

Hobi baru gaya makcik-makcik

hoi!hoi!

buat apa haa kau?tak bosan ke cuti-cuti ni.pantang betul aku cuti lama-lama ni kalau tak buat apa-apa.tadi usha fb, nampak si nor dah ada on9 shop sendiri oh.dia buat benda jahit-jahit ni, tapi tatau nk panggil benda alah apa.dia buat organizer, bantal handcraft punya.gila hebat budak ni pandai menjahit.tak caya pulak aku.hehe..sekarang trend kot gadis-gadis bisness handcraft-habdcraft cenggitu. dulu selalu jugak usha bantal Freow Craft, nak beli nak beli tapi tak terbeli lagi.kalau beli kang mak aku marah pulak beli benda merepek -___-

tapi yang ni pulak yang nor punya, Little Yellow House member satu batch dulu kat merbok walau tak pernah bertegur sapa di realiti tapi masih bisa berjinak-jinak di alam maya.getewww ayat.hehe.tapi hebat kan si nor, tah mana dia belajar menjahit ni.disebabkan terlalu bosan bercuti, aku tiba-tiba ada hobi baru.aku tengah berusaha juga sekarang buat kerja-kerja perempuan yang leceh ni.apa dia?hehe, aku tersuka pulak jahit manik.macam makcik tak aku?ni semua sebab duduk rumah poket kering.tak boleh nak shopping-shopping ikut suka. ma cakap, tengok je. tak payah beli.nanti nak masuk sem baru beli shawl-shawl baru.duduk rumah bukan selalu keluar pon nak pakai baju shawl lawa-lawa.haa..ayat mak aku.

yang Radiusite ni pulak kerja dok jamu mata aku je dengan shawl bling-bling dia. pastu aku tunjuk kat mak aku.mak aku cakap meh nak buat.haa..tudia mak aku.tapi ni bukan sekali dia pernah nak buat.raya tahun lepas dia dah bling-blingkan shawl aku. siap ade manik-manik bunga lagi atas kepala kau tahu.haha.semua inspired by Radiusite. kebetulan mak aku memang suka jahit-jahit manik ni. memang banyak la manik kat rumah aku ni. tapi kali ni aku sendiri pulak jahit manik tu.bukan nak yang glamer-glamer pon, saja nak mencantikkan shawl-shawl kosong yang lama tergantung dalam bilik tu. bagi nampak baru sikit, baru la semangat nak pakai. semalam dah try buat, tapi semua mak aku tetas balik benang.mak aku cakap tak cantik.pastu dia yang buatkan.damn!damn! penat je aku buat.lawa je aku tengok T______T

takpe la, buat la dulu ma.nanti yang belah lagi satu bagi mi buat eh ma.penat mi belajar semalam.btw, yang macam bawah ni la aku tengah usaha buat.tapi takde la glamer macam tu sekali.sekadar nak bagi colourful shawl je.


nanti dah siap aku tunjuk eh.bye!bye!

Friday, January 27, 2012

Lubuk kaki shopping ONLINE

hello!hello!dan hello!

lama betul tak mengadap blog ni kan.biasalah,kekangan masa bila berada di rumah. eceh,ayat haha. ntah dah masuk minggu kedua kot aku bercuti menanam lemak tanpa bekerja.gila dulu semangat nak sambung kerja tolong cik ros,tiba-tiba malas pulak kan.tak pe la,cuti pon sebulan setengah je.baik aku guna masa ni qada balik hari-hari tak tidur aku,hari-hari penat aku sepanjang aku kat shah alam tu.by the way..

sebenarnya aku nak share something ni,rasa tertarik nak buat review pasal tempat yang kalau aku duduk rumah konpem berlubang poket dan akaun bank islam. aku pernah sekali beli bag kat sini.kau tahu noks, pengsan kalau tengok bag-bag kat sini.berbuih mulut mak nak pilih yang mana berkenan.haa,getewwww!hahaha..daripada apa yang aku tengok la, semua barang-barang yang jual kat sini style-style korea gitu.minah-minah vintage pon konpem meleleh tengok. kat OMG IT'S US ni kan, ada macam-macam oh. From bag, u guys boleh pergi usha dress,tops,skirt, palazzo.hey2,kasut pon ada kau tahu. Mungkin sebab tak menyabor nak tunggu barang sampai kat rumah dan sebab dyana rajin nak layan karenah customer cerewet macam ni haa bila dia tunjuk itu tak berkenan ini tak berkenan, aku buat la special review untuk OMG IT'S US ni.*nak bodek owner.hihi

ngadap fb omg ni kan boleh gila oh, sumpah weh.kau tengok baju ni lawa, rupanya ada lagi lawa yang lain.tengok bag tu comel, ada lagi cute yang lain. bila rasa nak beli cardigan, tiba-tiba kau rasa nak beli dress pulak.esok plan nak usha bag, tiba-tiba kau beralih arah tengok kasut pulak.haa..dasyat weh kalau shopping kat sini.sebab mungkin banyak choice kot and rasanya jarang ada lubuk shopping on9 yang macam ni.




meroyan tak tengok?

and ini ada lagi, Hafdyaa Hijab pon salah satu cabang perniagaan diorang.gitu ayat.hahaha. kalau kat cni more to fashion muslimah la.from shawl, inner neck, maxi dress,kaftan,jubah macam-macam la.apa kata kau pergi usha sendiri.nak suruh aku cerita berjela weh. tapi kan paling aku suka kan tengok kain cotton pasang yang dowang jual. gila comel weh.tapi mak aku tak bagi beli. mak aku cakap ni nak pergi tadika ke ape pakai kain fashion gitu T_____T.anda-anda,jangan terpengaruh cakap mak saya ye.

tengok ni,

dah macam wrapper hadiah dah aku tengok.hehe..tapi its nice.aku suka corak-corak macam ni.unik sangat.mana ade jual kat kedai kain pasang macam ni.selain tu, aku suka jugak usha jubah-jubah kat sini.model dia lawa.hihi.shawl pon unik-unik cute-cute.senang cerita semua pon best la kat sini.



orang macam aku ni usha je lebih sebab kalau awal sem baru boleh sakan shopping kat cni. duet sakan masuk akaun.time2 camni kena berpada-pada sikit.sekali sekala boleh paw mak ayah, seronok jugak.sebenarnya aku dah terbeli dress, punye jiwa meroyan kan.tengah tunggu dyana post ni.tak sabar!tak sabar!so,apa tunggu lagi.pergi cepat tengok!rugi tau kalau korang antara yang lambat2 tau pasal online shopping ni.hehe..


p/s: lubangkan poket anda ye kat sini

Saturday, January 7, 2012

Three have to go.

Assalamualaikum,

duduk rumah hari-hari mesti nak update kan,bila dah balik rumah sewa kau hengat mampu ke aku nak ngadap blog.tidak ler.belajar sampai titik terakhir aku kat sini.tak pandang kiri kanan.no twitter,no fb.ok,tu tipu.so far masi sihat walafiat walaupon kadang-kadang aku rasa jasad je ade tapi roh dah terbang ke mana-mana.tudia, bahaya tu mimi oi.kepala macam dah berat sangat sebab last minute baru nak sumbat semua.

dan hari ni, dah boleh bernafas elok-elok.dah tak tercungap-cungap selepas pukul 12 tadi.paper publishing berakhir dengan tak berapa nak jaya.amboi kau, punye aku spot banyak-banyak yang secoet tu jugak yang masuk.nak marah dengan diri sendiri sebab soalan senang tapi sebab tak berapa nak focus mampu jawab ala kadar je.eiii,menyampah aku!dah la aku korbankan kesihatan lagi, minum livita.kaffein banyak oh, konon tak ngantuk.sorry la weh.mata, otak aku dah immune dengan caffein2 ni.dah tak jadi ape dah kalau mata tu memang dah mengantuk.

masa paper hari pertama tu alhamdulillah, boleh menari-nari dalam hall rasanya.sayang betol aku kat cikgu translation.puan farah.kalau dapat A+ pon tak terkejut kot tapi takde la sampai + dapat kan.A biasa sudah.carry mark pon okay, tak kurang tak banyak.tapi boleh la nak bawak pergi A tu.Publishing toksah cakap la, cukup-cukup makan je.ok la kalau nak bagi lepas fail tu.adoi, baru ingat nak pulun semua.publishing ni betol la,kacau mood exam aku.geram.ggrrr

btw, tadi kan tengok kan ombak rindu oh.hihi.giler loser aku kan baru nak tengok.kalau aku cakap cite tu best tak pe ke.ye lah, kan semua pakat dok buat bad review masa cite tu baru nak keluar.tiba-tiba nak cakap "ok je maya karin berlakon".hahaha.ni sah-sah sebab layankan sangat emosi jiwa dan raga kat cite tu tadi.mungkin sebab ost ombak rindu tu semua meruntun jiwa yang mendengarnye maka cerita tu automatik menjadi superb sedih.

'bergenang air mata, lalu jatuh jua di saat izzah dibelasah kat toilet tu'
'pakcik gila super jahat.main jual-jual orang pulak'
'banyak nau adegan ranjang.meremang tengok'
'lisa sughihani garang nak mampos'
dekat pantai mula-mula air surut tiba-tiba lepas peluk-peluk air jadi pasang.yang tu lawak.

ok.dah.konpem lepas ni akan berulang-ulang tengok ombak rindu.malam ni tamau dah study.kepala kena rehat-rehat,nak prepare esok pulak study.next paper is 12.lambat lagi kan.kalau tak pulun awal-awal silalah bunuh diri.takpon tolong bunuh aku.ok, nak tengok insidious pulak.biar la aku nak tengok walau dah basi.

p/s: lagu Itu Kamu,Hafiz.boleh nangis kalau layan.

Sunday, January 1, 2012

Chapter 2012 : Pages 1 of 365.

Assalamualaikum duaribuduabelas =)

Delete dosa.
Upload pahala.
Download kesabaran.
Upgrade keimanan.
Update amalan.
Shutdown permusuhan.
Restart persaudaraan.


no New Year celebration like typical teenagers does, enough with watching cerekarama yang superb sweet sebab tiz zakyah dengan remy ishak jadi husband and wife lagi and wishing and praying for each other.today, hari pertama untuk 2012 dan sekarang dah petang.tak lama lagi masuk la hari kedua.cepat kan masa tu gerak.dan cepat jugak dah nak 6hb.final,tak study pon tidur je lebih T____T.BOSAN GILA BABUN duduk rumah.mungkin sebab dah lama tak kena bebel dengan ma, tu yang jadi bosan tak keruan tu.mungkin jugak sebab cuba untuk belajar translation iaitu paper 1st saya jumaat ni tapi tak terkhatam lagi.

semalam ade azam sesuatu dengan kimi.moga jadi la ye azam tu,tanak dah jadi yang lama.dah bukak buku baru dan alhamdulillah hari ni pon macam jiwa dah kental sikit.azam lain akan datang for the next incoming days sebab mana kita tau kan kita nak berubah ape, kita nk tambah apa.takkan la sebab sambut tahun baru so kena lah kan list down bagai azam-azam yang mungkin or tak mungkin kita buat tu.so, better macam ni.kalau ade rasa nak change, nak tukar pendirian, nak ubah cara hidup ke, nak belajar rajin-rajin bagai tunggula sampai niat tu datang dengan ikhlas ye.jangan main nak list je azam tahun baru -,-"

nothing to say too much, it's 2012 and now I am unofficially 21st. and tak caya pulak kakak aku dah pon umur 24.giler dah tua semua orang dalam rumah ni.hehe..21, dah besar sangat dah rasa.cepat la habis belajar.nak kerja,nak rasa gaji, nak beli mini cooper*harapan palsu, and nak macam-macam lagi.sikit lagi dah nak habis sem 2. cuti 2,3 bulan kejap then dah pon 2nd year dan lagi setahun I'll be a journalist mungkin*berangan lagi.enough. today I start my day dengan bermalas-malasan di rumah. berusaha bagun awal sebab nak breakfast awal sempena tahun baru.ok, tu tipu.ni semua semata nak kejar breakfast kat mcd sanggup oh bangun awal.bagos kan :P


singgah giant, bawak yah cari barang-barang nak balik maktab.giler sadis muka kau kan nak balik jasin.padan muka.nikmatilah hari-hari terakhir di rumah ye.haha.ok,tu jahat.tadi kan masuk popular jugak.dia nak beli stationary sume.and..i got pen!!!!!semangat bai nak belajar bila dapat pen baru,pen kale-kale.yuhuuuu,malam ni nak study tanak tidur!!*bodoh macam kangkung,nampak nau tak pernah nak beli pen baru.

sedih tak tengok makanan tu.giler malas masak kan.konon nak buat bubur masyukk punye rasa.godek-godek gugel kot nak cari resepi bubur ayam mcd.haa..ni hasilnye.sedap weh.bukan tak sedap, siap tambah ketam batang saderi bagai nak bagi rasa mantap cuma agak kering layu je rupa dia.sian bubur, ni namanye menghina makanan.mesti chef jo marah kalau tengok bubur macam ni. tapi kan ni konon nak cover balik lunch tadi, hehe...homemade pancakes mix.kalau kimi cakap ni tau western je, takpe2.aku melayu kan dia.lempeng buatan rumah.tadaaa!

picit banyak2 hershey's syrup biar kena kencing manis


okay, dah tade pape nak merepek ni.happy new year untuk kawan-kawan!moga hari-hari anda ceria and penuh barakah.hehehe.sekian.



Related Posts with Thumbnails