Thursday, June 30, 2011

Dear "ex" ..




you deserved for it

An "ex" is called an "ex" because it is an EXample of what you shouldn't have again in the future....


wahai wanita perosak dunia*bak kata iqah sam*,
berapa kali dah cakap nak ending so-called "selamat tinggal"?semalam kali keberapa dah ea he got the "byebye" message?

Tuesday, June 21, 2011

Wordless Wednesday la sangat: Lets 'kerja'!


hari ni dah masuk hari ke 9 aku kerja, baru hari ke5 dekat Smiles. patut la aty cakap 'penat oh kerja!'. aku pulak buat syok nak kerja dulu.gigih cari sana sini. bila dah kerja baru nak iye kan ape yang aty cakap tu. super duper penat wa cakap lu.

"iqah, kau tak payah kerja.buat menyesal je nanti" :p

minggu lepas, aku ingat sampai ke bulan 9 aku jadi cikgu tadika kat Nur Mutiara Iman. 3 hari aku kat situ, macam 3 tahun.lamanya nak abes waktu kerja.bergaul dengan budak-budak bukan sesuai untuk aku.hipokrik je kot.mungkin senyum terlebih gusi depan cikgu hajah..

memang rasa nak quit, tapi memikirkan kakak aku pernah lari dari satu tadika ni sebab tak tahan sangat buat ma malu setahun. kalau aku gtau nak quit, mak aku memang boleh jadi pembunuh :P. tapi alhamdulillah, aku balik dari tadika hari tu ma dapat call dari owner kedai Smiles cakap aku boleh masuk kerja sana. berbelah bagi kejap.. mane aku nak kerja ni. budak-budak bukan jiwa aku, aku nak kira-kira duet. hehehe..last-last terpaksa decide*xde la terpaksa sangat kan. aku tanak jadi teacher lagi.tempat tu ganti dengan kak.

Smiles ni kedai esso/mobil tu, tapi ni smiles yang besar punye ala-ala 7E, yang bukan dekat petrol station tu. so far, yang ade smiles besar tu ade kat area sini ngan bangi je.owner die cik ros, kawan ma jugak. minggu ni aku shift petang ke malam,3pm-11pm.

kalau aku duduk je bawah aircond jadi cashier, boleh stress oh.balik rumah mesti kepala sakit. pelik kan? aku kena buat kerja baru aku happy.macam semalam.kerja banyak.letak price tag, susun barang-barang. tapi 1 je, kalau shift malam ni aku terkinja-kinja sikit nak balik rumah. asyik tengok jam je bila boleh close shift :P.

tak de maknanya nak buat camni.nak kena fire ngan cik ros?

so far sejak aku jaga-jaga duet ni, tak pernah shot lagi.lega..ayna ngan kak asmah banyak tolong.josim jugak *1st time aku ade kawan bangla. sekarang dah tak kesah kalau tinggal aku sorang-sorang kat kedai tu. dah berani..=)

p/s : dunhill,marlboro,winston etc? lite tak lite?soft pack ke kotak? aku dah terer beb....haha

Monday, June 20, 2011

keputusan


okay. 2hari lepas dapat result. pukul 12am uitm hantar by email. tiba-tiba pulak kan otak aku buat hal. email lupe password.DAMN!. 10x try pon otak blank lagi. baru teringat, why not aku login ym. nanti auto dia bukak inbox.DAMN kuasa 2! line buat lembab pulak.troubleshoot ape tah. aku give up. call emy,

"weh, kalau email dah masuk roger2 aku.aku nak tido.tak senang hati.esok nak masuk kerja.bye!"

mata belom sempat tutup.emy dah kol. ok, jantung macam nak luruh.on laptop, line dah ok.tade kuar pon.10x jugak aku refresh.tade.masuk fb, nak tahu perkembangan budak2 dapat result excellent.okay, most of them result macam flying colours and half ade yang macam aku.resul tak sampai-sampai. after naek macam-macam status 'tak keruan',*ramai pulak yang like kan,suke tengok aku tak keruan kan. sambung tidur balik.esok pagi je la check......

masuk kerja pukul 9, pukul 7 aku dah on laptop. aku tak expect langsung nak dpat email.saje-saje je gedik nak bukak.ingat memang takkan hantar, check kat student portal je. sekali .. perghhh. pengsan! memang hadiah hari jadi paling bermakna tahun ni. tamau result camni...wuuuu...

tapi macam mane pon, alhamdulillah ya allah .. no C,no repeat, above 3 pointer. kimi cakap, "cuba la bersyukur sikit, dah ok kan tu ". ye,dengar cakap kimi.kena bersyukur.at least lepas sume kan.THE END ..



nota kaki : congratz banyak2 untuk emy. sikit je lagi kan nak dapat 4 rata =)


Thursday, June 16, 2011

welcome puluhan!

Assalamualaikum,


14th June 2011,
20 already
thank you YA ALLAH, give me life for 20 years..


and thanks a-lot friends. malam-malam buta message aku, call semata nak wish aku, and member kat facebook rajin nak wish kat wall. and teman blogger, faten fatihah, izzatie daud, nazri (lelaki sulit naz), fatul akrul, dora lalala, rizha cuma, athirah othman, zack zukhairi.

kau ada? :P


dan paling special mesti la bila budak tu wish. berjela ucapan dia macam YB. dia wish after sume kawan-kawan yang lain stop wish kejap.dia tanak kacau, aku pulak terasa hati lebih.ingat ke dia lupa, rupanya pasal mms yang dia mintak aku activekan balik tu sebab nak hantar recording dia...lampi pulak aku,ye2 je percaya dia nak kasi gamba dia dengan umi. lepas mgrib lagi die dah ready, phone pulak buat hal kan.melepas dah.. and thanx ye by pasal post ni sweet ngat aih..

petang tadi jugak aku try recipe baru, homemade beef burger. ala-ala crabby petty gitu :P. daging burger buat sendiri guna daging cincang kau add on cheese,bawang besar dengan black pepper,memang mantap. tak caya tengok ni

beef petty ^_^

ok,thats all...daaa!










Sunday, June 12, 2011

story of the day

dah lama tak update blog dengan bersungguh-sungguh ;P. so now, baru rasa ada hati nak tinggal something kat sini. 2 hari lepas, baru balik rumah after a week spend time kat KELANTAN, TERENGGANU. here,picture stories sikit ..


DAY 1


sampai-sampai je kelantan,terus cari makhluk tu. mahu kasi hadiah birthday dia, dah sebulan simpan. kena bagi kat owner dia dah. gigih aku buat ni, dengan kad bagai. handmade oh, kau hado? hehe. kek tu saja nak tunjuk kat sini.buat tym birthday dia aritu sebab rasa macam nak makan kek,konon-konon kek dia la ni.hoho..amacam, terer tak aku buat kek?

lepak situ sampai pukul 12 lebih camtu dah kena panggil balik hotel, mak bapak dah cari.tak pe, malam esok ada lagi :P


DAY 2

hari ni kena pergi kenduri orang kawen.tu je motif sebenarnya ke kelantan ni, tapi banyak pulak kan aktiviti sampingan kat sini. breakfast kat depan pasar siti khadijah, alang-alang dah sampai why not kita naek kejap kat atas tengok apa ada. perghhhh ... banyak benor kaen. jeling-jeling kat ma "ma...yang tu kan...macam cantek je...". buat ayat meleret je, terus dapat oh.okay, raya ke-3 tahun ni pinky ya!!

okay, yang merah ini apik ngan isteri dia. dah besar dah apik, ingat lagi dulu selalu pinjam folio dia nak tiru sebab dia punye folio cantik oh.jauh datang semata nak pegi kenduri kawen dia, silalah terharu wahai apik :P


ni pulak tiga ketul manusia yang akhirnya dapat berjumpa selepas 2tahun tak belajar same-same. aku, izzah,sue. mentor mentee kat mrsm dulu yang selalu dapat koko krunch sebab top3 rajin buat meeting. meeting banyak bebenor, pandai idaknya aku ni . izzah sekarang sebelah bilik aku je kat shah alam tu buat fast track accounting, mek sue ni budak chem engine kat usm. aku je terkeluar landasan sikit. thanx banyak-banyak kat kimi sebab bawak pergi jumpa dowang ni, pastu dia angkut aku pegi makan ayam so-called 'kfc kelantan' n sempat rasa bayu darat pantai untuk beberapa minit :P

DAY 3


cukup la 2hari kat kelantan, okay. on the way nak balik kampung, singgah kat penarek nak makan sotong,ikan,kepok lekor kat tepi pantai. burok-burok pon kedai ni,femes oh. ramai betol manusia even nak mencekik kat sini bapak la mahal .. makan kampung-kampung macam ni je pon dah cecah RM100++

DAY 4


balik kampung kena la jalan-jalan jugak kan.tak puas dengan pasar siti khadijah, arini pergi pasar payang pulak. ma nak belanja ayah baju batik terengganu, tak pasal-pasal ayah dapat 2. kak pon bagi ayah satu.tak aci oh ..jaja pon dapat turtle kale pink,aku tak dapat pape pon T_T. btw, nampak tak roti kaya kat atas tu. jumpa masa minum-minum tepi sungai kat atas pasar.lembut yang amat roti tu. ma cite sejarah roti tu, roti tu dulu bangla yang jual.junjung atas kepala jalan kat kampung-kampung.femes roti ni zaman dulu-dulu.


DAY 5




sebelum balik sepang, singgah kota putra dulu.kena hantar budak sekolah balik hostel. first time jejak mrsm kota putra, cantiknye weh. tepi pantai oh..bilik 2x ganda bilik kat lipis.tak aci!ah, whatever. jauh dari rumah tak de maknanye best kat situ.hohoho,padan muka nana. same la ngan tempat mek sepeng sorang lagi tu.mrsm jasin, dah la burok..jauh macam lipis.keh3..selaamat ya anda disitu.jangan nak balik-balik bbst lagi ea. cakap nak pergi overseaaa.. p/s: egypt tak best, kau pegi ireland eh yah?






Tuesday, June 7, 2011

KELANTAN


currently now in Kelantan :


ADA APA KAT KELANTAN?

ADA HAKIMI MOHD! :P
Related Posts with Thumbnails