Wednesday, February 22, 2012

Happy plusplus

Hai!

hari ni mood happy plus-plus.tersengih sorangsorang lepas tu bukak emel lagi,tenyeh-tenyeh mata,kerut dahi sikit,senyum lagi sekali,last sekali gelak macam setan.hahaha. kau tahu tak semalam dasyat benar jiwa aku.menunggu dari pukul 11 malam result aku masuk emel pukul 1 lebih.dekat twitter TL laju gila.memang psiko gila dah tak boleh handle semua.tepat pukul 12 makin lama TL makin slow.tu maksud dia orang dah start menggigil bukak emel tapi tak dapat-dapat macam aku.makin lama makin ramai dah naek status kat fb pasal result, aku refresh banyak-banyak kali yahoo.akhirnya nama uitm dah naik kat inbox.perghh..ketiak dah berhujan.5minit jugak aku amik masa nak bukak ke tanak bukak.baca bismillah panjang-panjang.jeng!jeng!jeng!

tadaaaaa!!

kau bajet aku nak tunjuk pointer aku.memang tak la kan

alhamdulillah pointer naik mendadak. merasa aku nak naik stage sem depan.usaha aku yang tak seberapa tu berbaloi. serius tak expect langsung. sebab dalam otak aku berderet aku target C. alhamdulillah. yang dalam kepala otak C semua dapat A. ajaib kan. aku hentam betul la tu kot. tapi kecewa sikit. aku punya bangun awal nak bagitahu mak aku, mak aku buat dono je.eh2, macam di anaktirikan je rasa -_____-

"yela, ma kan selalu cakap kat mi.mi ni selalu tido, tak belajar final, on9 je memanjang, main banyak.aishh..pelik betul mi dapat result camni.ma pelik tak?"

berlagak cool sambil naik balik g bilik nak sambung tido dengan nada nak memerli. adoi, touching pulak ngan mak aku. hahaha. aku tahu mak aku tu macam mana.dia mesti senyum sorang-sorang belakang aku.mana ade nak puji anak dia depan-depan*perasan pulak*.tu tandanya nak suruh aku usaha lagi sampai dapat yang terbaik.yang aku dapat tu belum cukup terbaik, setakat nak memuaskan hati diri sendiri boleh la. Insyallah, sem depan aku akan usaha lagi sampai mak aku puas hati boleh senyum-senyum depan aku tengok result.untuk kawan-kawan, TAHNIAH. selamat naik sem!



Related Posts with Thumbnails