Sunday, February 26, 2012

Emosi.


dari pukul 10 tadi lagi aku panas hati dengan server uitm.aku nak register course la weh.kalau register main tak cup2 kelas, berebut 3rd language, berebut minor tak pe.aku boleh je lagi nak bersenang lenang. ni nak login pon failed.emosi dalam diri dah tak boleh kawal.ini lagi teruk lagi daripada menunggu result yang tak kunjung tiba.sape berani-berani nak bergurau time cenggini memang nak makan penampar.

fikir dah lama, sejak sem lepas lagi.aku nak amik minor instructional. sebab dalam banyak-banyak subjek minor yang ni satu je dapat A lawa, A target. yang lain A tak berapa lawa, dan A yang terkejut dapat A rupanya.aku tahu tade sape pon nak amik minor ni.so, tak payah risau sangat kelas penuh ke apa.yang masalah penuh ni tang kelas mandarin.semua pakat pulun nak amik mandarin.aku pon tengah gigih berusaha ni.lain kali masscomm, buatla bahasa korea.mesti semua pakat berebut yang tu.tade dah aku susah-susah kalut macam ni -_-"

ni kali ke-3 aku on off laptop sebab nak register course.memang dari sem1 lagi aku sangat malang bab-bab macam ni. tak pernah rela hati pilih subjek. same goes to pilih kokurikulum. sebab kan terpaksa amik koko yang x full, aku dapat B tahu final aritu!wah, rosak abis pointer! aku tak kira aku nekad on9 24 hour utk pilih koko yang best!aku nak bersukan pulak.tanak dah amik 'pemikiran pemimpin' duduk dalam kelas dengar azuwardi membebel-bebel politik.

ok lupakan kejap hal tu.dah tnggal kurang seminggu lagi kena balik shah alam. masih kekal di rumah lama, tahan untuk satu sem lagi.habis contract, amik duit kita cabut. tadi keluar pergi cari lesung batu.mak aku tak tahu mana nak cari lesung batu.adoi, kedai sekarang dah tade jual lesung ke woi. kat rumah tu semua benda-benda dapur dah ada. lesung je tade.susah oh nak tumbuk bawang sikit pakai blender.macam cacat. nanti aku dah dapat lesung batu kita menumbuk sama-sama ea.yang ni tade sape boleh pakai sape tak boleh pakai.semua penghuni rumah dipersilakan guna :-)

aku mintak meja, not so meja study la.aku cakap kat mak aku nak meja, senang nanti nak buat homework, tapi dalam otak "nak meja,senang nak on9.takla sakit belakang asyik meniarap je".godek-godek stor, ade la jumpa satu meja lipat.ok la tu kan.bil p1 kena setelkan dalam minggu ni jugak.dia dah potong line aku sebab berbulan-bulan tak bayar.haha.memang patut la, benda tak boleh nak guna kat rumah sape je nak bayar. tunggu sikit lagi masa aku terminate terus.

btw, sebelum aku out.tengok sini

sape mahu tudung paisley square cenggini angkat tangan.tggl pesan dekat shoutbox ok, or emel me mimisaidi91@yahoo.com

Wednesday, February 22, 2012

Happy plusplus

Hai!

hari ni mood happy plus-plus.tersengih sorangsorang lepas tu bukak emel lagi,tenyeh-tenyeh mata,kerut dahi sikit,senyum lagi sekali,last sekali gelak macam setan.hahaha. kau tahu tak semalam dasyat benar jiwa aku.menunggu dari pukul 11 malam result aku masuk emel pukul 1 lebih.dekat twitter TL laju gila.memang psiko gila dah tak boleh handle semua.tepat pukul 12 makin lama TL makin slow.tu maksud dia orang dah start menggigil bukak emel tapi tak dapat-dapat macam aku.makin lama makin ramai dah naek status kat fb pasal result, aku refresh banyak-banyak kali yahoo.akhirnya nama uitm dah naik kat inbox.perghh..ketiak dah berhujan.5minit jugak aku amik masa nak bukak ke tanak bukak.baca bismillah panjang-panjang.jeng!jeng!jeng!

tadaaaaa!!

kau bajet aku nak tunjuk pointer aku.memang tak la kan

alhamdulillah pointer naik mendadak. merasa aku nak naik stage sem depan.usaha aku yang tak seberapa tu berbaloi. serius tak expect langsung. sebab dalam otak aku berderet aku target C. alhamdulillah. yang dalam kepala otak C semua dapat A. ajaib kan. aku hentam betul la tu kot. tapi kecewa sikit. aku punya bangun awal nak bagitahu mak aku, mak aku buat dono je.eh2, macam di anaktirikan je rasa -_____-

"yela, ma kan selalu cakap kat mi.mi ni selalu tido, tak belajar final, on9 je memanjang, main banyak.aishh..pelik betul mi dapat result camni.ma pelik tak?"

berlagak cool sambil naik balik g bilik nak sambung tido dengan nada nak memerli. adoi, touching pulak ngan mak aku. hahaha. aku tahu mak aku tu macam mana.dia mesti senyum sorang-sorang belakang aku.mana ade nak puji anak dia depan-depan*perasan pulak*.tu tandanya nak suruh aku usaha lagi sampai dapat yang terbaik.yang aku dapat tu belum cukup terbaik, setakat nak memuaskan hati diri sendiri boleh la. Insyallah, sem depan aku akan usaha lagi sampai mak aku puas hati boleh senyum-senyum depan aku tengok result.untuk kawan-kawan, TAHNIAH. selamat naik sem!



Sunday, February 12, 2012

Bawalism

haihaihai!

blueeekkkk..boleh muntah belahak bangun pagi tgk tv,tido petang,tgk tv balik,online,tido malam.hari-hari pon macam ni T___T.kalau rajin sikit masuk dapur godek buku resepi takpon myresepi.com try masak benda tak pernah masak.semalam buat macaroni cheese ala2 kenny rogers gitu.resepi tu tipu aku, nak muntah aku makan, tak sedap -,-". kakak aku pernah try dulu pon nak muntah jugak sebab tu semalam aku try cara aku pulak.ceh,lebih kurang je nak muntah macam dulu.

sekarang sejak dah ade channel free oneHD(korea) menjadi-jadi kekoreaan aku.sedap sangat depa buat maraton drama.dari pagi sampai ke petang tv jangan sape-sape usik melainkan cite yang aku tengok dah habis.segala talkshow,gameshow,kpop star,star king bagai semua aku bedal.runningman pon syok je dok tayang pagi-pagi buta. lagi syok tengok kat tv walaupon tu episod yang dah lepas-lepas.at least puas jugak tgk skrin besar

by the way, aku still lagi jual tudung bawal plain untuk member-member aku. kena ambil stok balik memandangkan ramai pulak yang nak order.pening kepala aku tengok macam-macam colour nak kena emel kat customer match ke tak dengan color yang dowang list kan -___-


ni antara colours pilihan member2 aku.kalau rasa nak pakai bawal balik,and color-color pilihan hati silalah wall saya atau tweet atau pon emel je mimisaidi91@yahoo.com.cakap je nak color ape nanti aku carikan,insyaallah..ok,till here tonight.Assalamualaikum

Thursday, February 9, 2012

Melayang

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

Bila kita pergi
Apakan berlaku
Siapakan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama

*************************************************************

Related Posts with Thumbnails